Friday, July 30, 2004

Entahlah!

unfinishwork at : 4.31 ptg

assalamualaikum...pagi tadi aku kelam kabut sikit..dua kali aku naik turun ke bilik..mula2 tertinggal disket..pastu tertinggal kad matrik plak...dah la semalam kad matrik aku terjatuh..nasib baik ada org jumpa dan bg kat pak guard. kalu tak melayang RM 50. Nasib baik ada org tolong hantar aku g klas ari ni...hehehe..tq Mr.Flinstone..antaq sha tadi...and sorry tak sempat nak send email la Mr.Flinstone.  Aku bz ari ni..lepas susun meja kat studio tadi terus jer p school lab,sempat la scan beberapa page. petang tadi lps zohor..aku terus p UPPU. tunggu bas punya la lama..ni yang aku malas nak naik bas nih..kalu dekat dah lama aku jalan kaki..apsal la jauh sangat UPPU...tapi nasib baik la pegawai kat situ kenai aku...senang la sikit nak berurusan. Alhamdulliah....harap dapat la aku stay kat Gemilang. balik dr UPPU terus lepak cc...biasa la...alamak..dah dekat kul 5 ptg...nak balik tgk 'Loving You'.....dah tak sempat nak balik nih..okey la aku pun dah takde apa nak story lagi dah...bye.

nothing much to say

unfinishwork at : 12.45 pm

hehehe..awalnya aku wat blog ari ni...kat school computer lab...nothing much to say..morning..rainy, but now...the sun shine brightly...aku happy hari ni, nak tau pasai apa..kedua-dua pakwe aku dah okey..dah sihat.Tapi yang paling best pakwe first aku dah betul2 sihat..sebulan lebih tak jumpa dia..aku betul2 rindu..mana taknya..3 years bersama..dah lama dia tak meragam dan merajuk..ni la kali pertama dia merajuk ngan aku begitu lama...dulu ada jg dia meragam tp tak le sampai sebulan..alhamdulillah, dia dah okey. Pakwe aku yang sorang ni pun satu..demam, dah tu siap moody lagi..nasib baik aku sayang dua2..kalu tak mmg malas nak layan..hehehe..ceh kata tak byk nak story..last2 dah panjang..jgn mare..biasalah..takde had time nak stay kat sini..boleh lepak sampai petang..tapi kul 2 kang aku ada klas lagi..okey la..nak wat keja lain lg nih..sorry 'Mr.Flinstone'..tak jawab phone tadi..hehehe..silent mode la..so tak dengar..kuang3.
 
unfinishwork at : 4.00 pm
 
sambung balik wat blog..hehehe..tadi tur..ada keja lain la..dah la internet server kat school lembab....(sorry dekan, jgn mare). Klas Dr.Alip..Kaedah dan Teknik Penyelidikan...cam biasa,mesti abis awal..kekeke..ni yang kadang2 aku suka klas Dr.Alip ni...tapi next week ada tugasan...waaaa....dah la tugasan Studio Perancangan (Piawaian Perancangan) belum siap..tugasan Dr. Amir...Teori dan Falsafah Perancangan pun belum siap...ini baru betul study..serius cakap study kali ni aku betul2 rasa tercabar..banyak keja nak buat..nasib baik la 'my love' faham. Tq abang. okey..aku dah penat mengadap screen pc ni lelama...aku dah la rabun..kang makin bertamabah power cermin mata aku...tq Mr. Flinstone 4 calling me tadi..lain kali org belanja eks......alamak...cuti nanti aku takleh balik kampung..........waaaaaa......mak akak rindu kat mak...nak balikkkk.....

Thursday, July 29, 2004

lot of love

unfinishwork at : 9.25pm

With lot of LOVE........i dedicate this poem to all my friend....
 
persahabatan ini
akan terus kekal
walau kita berjauahan
kerna ikatan itu
bukan sekadar ikatan
sebaliknya ia adalah
cinta yang ALLAH anugerahkan
dalam bentuk persahabatan
buat kita yang bergelar insan.

A friend ask me "is that blog is compulsary?"....and i said to him that i'm doing this blog as a tribute to all my friend. So they will know what i'm doing here, how my study and my condition here. Lagi pun blog ni satu cara untuk aku terus berhubung ngan diorang..cara cepat utk aku keep in touch with them.  Memang itu pun tujuan asal aku wat blog ni...untuk berkongsi kehidupan aku sebagai siswazah, berkongsi kegembiraan dan kesedihan dengan rakan-rakan dan sesiapa saja yang ingin tahu tentang kehidupan di kampus. Kini aku bukan sekadar ingin berkongsi pengalaman ku di sini...tetapi juga berkongsi pendapat dengan rakan-rakan..
Betul kata abang long (yang banyak bantu aku dalam menyiapkan blog ni)..
 
"Once u start blogging as your new career, you won't want to stop. I don't know why or what's the catch. It's just addictive. And once you hog on the comp for hours on constructing new layout for you blog or simply blogging, you'll forget totally about anything that revovles around you."
 
Memang itu yang aku lalui ketika ini..namun aku sentiasa berharap agar aku akan terus berhubung dengan kawan2..tak kira di mana diorang berada..blog adalah satu cara untuk aku menyampaikan rasa rindu kat diorang...well that all for now..with lot of love..i will share my life here with all of u. 

Wednesday, July 28, 2004

sesaja

unfinishwork at : 7.30

sesaja masuk blog ni..tgh berusaha utk siapkan tag-board..entah apa masalah entah..ke aku yg tak pandai..hehehe..hari ni cam biasa kuliah pagi ngan petang..lepas klas g lunch ngan dua org member kat Bistro..(dulu la..skang dah tak panggil Bistro). balik bilik..sembang2..aku terlelap..tapi kata org bagus tidur time tgh hari..boleh tingkatkan produktiviti..tapi jgn la sampai kantoi solat zohor dan tidur sampai malam pulak...solat zohor..pastu siap nak g kelas kul 2, kitorang sampai lambat..tapi takde la sampai setengah jam..kelas baru jer mula..10 minit..bukan pasal tak bangun tidur tau..pasal kitorang ingat klas kul 2.30..hehehe..tak pun Dr Rahmat Azam datang awal..lepas kelas..aku terus balik la..nak tengok tv..drama bersiri Korea "Loving You". tetiba aje aku rindu kat seseorang...hehehe. After that..terus tepon dia..ala kesian my love..dia demam, cepat sembuh yer. then balik balik..solat..terus kluar ke cc,  masuk blog abg Ridwan Shah yg best tur..dan wow Aznee blog ko best la..ni yg jealous ni..okey la got to go now..solat mahgrib..pasni nak lepak library plak..key...bye.

Tuesday, July 27, 2004

kenangan lama

unfinishwork at : 9.18 pm

pagi tadi ada presentation...aku tetiba2 rasa rindu pada kawan2 terutama kak Aina,kak Najah dan Mira..teringat masa buat presentation untuk subjek Perancangan dan Pengurusan Projek..tapi presentation aku biasa aja..takde apa yg best...aku betul2 rindukan saat dulu, sama2 siapkan powerpoint dan juga prepare untuk present...betapa sukarnya waktu itu..perlu sediakan slaid dan juga report...tapi aku suka sangat..banyak yang aku pelajari untuk siapkan satu powerpoint..camna nak burn ker cd, camna nak insert animasi dan juga sound untuk slaid. tetapi masa itu tidak boleh lagi berulang...cuma akan sentiasa aku ingati....(woi..aku rindu kat korang....).

Sunday, July 25, 2004

sekadar satu coretan

unfinishwork at : 6.32

hanya 1 saat kita terpikat pada seseorang,
1 minit untuk jatuh hati,
1 jam untuk menyukai,
1 hari untuk menyintai,
tapi ia mengambil masa seumur hidup
untuk menyayanginya.

sesunguhnya dalam hidup kita tidak boleh lari dari perasaan ingin menyintai dan dicintai...namun sedarkan kita bahawa cinta itu amat luas pengertiannya dan ia terlalu suci dan anugerah Allah yang berharga pada setiap insan...jangan sesekali melukai hati insan yang menyayangi kita terutama ibu bapa...ini sekadar catatan untuk mengingatkan diri ku dan juga teman2 yang aku sayangi.
 
sekian.

Friday, July 23, 2004

catatan harian

unfinishwork at : 9.45 pm

tak banyak yg berlaku hari ni...cam biasa kuliah...lepak kat bilik..kuliah..lepak libaray...last lepak cc...check email, taip assingment, dah siapkan blog ni..sambil chating...okey..setakat tur jer..lain kali sambung lg

Thursday, July 22, 2004

unfinishwork

unfinishwork at : 5.25 pm
Assalamualaikum...
semalam aku tak sempat nak coretkan apa2 di sini. semalam hujan yg turun di awal pagi membuatkan tubuh kecilku kesejukan. namun apa yang penting assingment perlu dihantar..alhamdulillah sempat hantar sebelum kul 4. selepas kelas terus balik BM. itu la aku kalu ada kesempatan pasti aku akan balik rumah..maklumlah dekat.
Itu cerita semalam...hari ini berlainan....kembali ke sini dgn keadaan yg kurang sihat membuatkan aku sedikit tension. membuang masa dgn perbincangan yg tidak membawa apa-apa menambahkan ketensionan aku...tapi takpe la, apa yang penting aku dapat sedikit masa untuk siapkan blog ini. Alamak...assingment En.Jamil belum siap..assingment studio..okey la..c ya again..

Tuesday, July 20, 2004

unfinish work

unfinishwork at 2.45pm
wakaka....pagi tadi aku kena tahan ngan pak guard kat Permatang Pelajar sebab aku tak pakai kad matrik...glamer aku ari ni. Slalu aku tak pakai tak kena 'tangkap' ari ni entah apa mimpi aku tak pakai plak...since last week lagi aku slalu pakai..(konon budak skema)..ari ni aku terlambat g klas la..takpa la skali skala abiskan dakwat pen pak guard tur.
Sebenarnya aku ada banyak keja lagi yang belum selesai...tapi masih lagi sempat lepak kat cc wat blog ni...tapi itu la...blog ni pun satu unfinish work aku gak...dan ia tak finish selagi aku tak finishkan dia...kakaka..okey la...nak siapkan assingment ni..assingment Dr. Bada Prinsip-prinsip Perancangan....got to go..bye

Sunday, July 18, 2004

catatan pertama

18/07/2004

catatan ku yang pertama di sini..setelah sekian lama mencari ilham untuk meluahkan apa yang terbuku di minda dan di hati. sudah sebulan aku berada di sini..di bumi Minden yang sentiasa aku rindui dan sayangi. menjejakkan kaki semula ke sini membawa seribu kenangan pada aku. kenangan pahit manis sepanjang 3 tahun belajar di sini bersama rakan-rakan. namun kembalinya aku ke sini membawa satu harapan baru dan cita-cita baru. dan yang pastinya akan berhadapan dengan cabaran baru..seiring dengan kematangan. namun sekali sekala aku rindukan kawan-kawan..gurau senda mereka, gelak tawa mereka. memori itu tidak pernah luput dari ingatan aku...kehidupan baru pasti akan tercipta kenangan baru..tapi tak kan sama dengan memori yang tercipta satu ketika dulu. buat semua rakan-rakan seperjuangan..aku takkan lupakan korang..

sekian..wassalam