Monday, June 20, 2005

HAPPY FATHER'S DAY

unfinishwork at:1.50pm

Aku nak wish to all fathers out there Happy Father's Day..terutama kepada ayah aku yang paling aku sayang. sesungguhnya pengorbanan ayah tidak akan akak persiakan...ayah merupakan sumber inspirasi dan kekuatan akak untuk berjaya seperti hari ni. Akak akan cuba sedaya yang termampu untuk merealisasikan impian akak dan ayah..Akak sayang ayah.

Image hosted by Photobucket.com
E. Othman b. Tahrin..ayah yang banyak berjasa dlm hidup aku, yang menjaga aku ketika aku terlantar sakit, yang akan mengambil dan menghantar aku ke sekolah dan ke kampus. I LOVE YOU!!!!!

apa ya..

unfinishwork at: 8.55am

hari ni aku nak kongsi citer apa ngan korang eks..semalam aku teman adik sepupu g senamrobik kat Dataran LADA sempena pelancaran klik L.fm, siaran secara langsung kat tv1, rancangan Selamat Pagi Malaysia. Pastu kitorang p pekan Kuah. jejalan window shopping. ya Allah penat betul...aku bukan beli apa2 pun..penat jalan jer. well ok itu jer. jumpa lagi. InsyaAllah.

Friday, June 17, 2005

testing

unfinishwork at:10.54am

aku tengah testing update blog nih. tambah apa2 yg best dlm blog nih utk menambah cantikkan blog aku nih..cuma tak sempat nak masukkan lagu jer lagi..lain kali la plak..minggu depan ker...megadap pc kat lab school..ok..dah.

tinggal 2 hari lg praktikal

unfinishwork at: 10.15am

hehehe...tak sabarnya, nak balik penang. tinggal 2 hari lagi praktikal..pastu balik penang. yang bestnya...tambang tiket feri plak timbul kontroversi...macam2 hal. aku pun turut terasa tempiasnya walaupun aku bukan penduduk tetap langkawi atau kakitangan kerajaan. tapi tak logik juga la syarikat feri buat cam2. dah kerajaan negeri tetapkan kenaikan tambang dan meletakkan keistimewaan kepada penduduk langkawi, kakitangan kerajaan, warga emas dan pelajar, kena la patuhi. dan yang paling utama..perkhidmatan feri kenalah lebih memuaskan. jangan tambang dah naik, perkhidmatan dok takat tu ja. well ok la, itu saja...harap time aku nak balik..takde la feri mogok tak nak jalan.

Tuesday, June 14, 2005

sesaja

unfinishwork at:12.25pm

sesaja jer nih..ngah bosan tahap gaban...kalu bukan sebab tinggal seminggu lagi, dah lama aku blah balik.....tension weh..dah la pakwe aku tak sihat. dia tu kalu demam, lambat nak baik. itu yang wat aku risau..rasa cam nak balik jenguk dia aja..ok la, depa dah tengok semacam tur..bye.

Monday, June 13, 2005

selamat pagi

unfinishwork at:8.20am

selamat pagi, hari nih aku start balik praktikal.....tinggal seminggu lagi kat sini..pastu sambung balik kat usm..tak sabarnya. banyak yang aku fikirkan...tapi bila dah balik usm nanti,aku akan pening kepala dengan tesis yang belum tau lagi tajuknya. aku tak sempat nak bincang ngan lecturer pasal tajuk tesis. well itu jer kot, maklumlah kat opis nih.bye..cau...

Friday, June 10, 2005

nak balik......

unfinishwork at: 9.25am

Hari ini aku nak balik umah...member baik aku nak kahwin...esok majlis akad nikah, dan kenduri ari Sabtu. Aku tak sabar nak balik... nak jumpa kengkawan lama..tu pun kalu depa mai kenduri Ina la. Kalu depa mai sure ramai yg tak puas ati ngan aku nanti..maklumlah aku menyepikan diri begitu lama...kenduri kengkawan pun tak pi..bukan sengaja. itu jer kot..takde menda sangat nak story ngan korang...kalu ada yg minat AF..undilah untuk Reza, Mawi dan Aidil...

Thursday, June 09, 2005

teringin nak tengok wayang

unfinishwork at:10.41am

waaa...dah lama tak tengok wayang. kat sini takde panggung wayang. aku nak tengok citer katun jepun yg terbaru..tajuk tak ingat la plak..kalu tak silap..Howl's Flying castle. paper pun aku tak sabar nak balik....

Image hosted by Photobucket.com

salah satu adengan dr citer tur...

Tuesday, June 07, 2005

apa khabar?

unfinishwork at : 12.13pm

Apa khabar?...dah lama aku tak update blog..tak sempat..lg pun tempat keja aku takde komputer...takpe..cuma tinggai 2 minggu lagi..pastu aku balik penang..leh la slalu update blog dan buat pembaharuan..banyak menda nak aku muatkan dalam blog nih nanti...tunggu jer la eks. wish me luck for next semester...chow...
p/s: rindu sesangat kat kengkawan chaterz...
* abg long - Apa khabar?
* Sis - Sihat ka?
* aznee - Apa citer skang?
* Joker - result camna?