Monday, February 27, 2006

takde citer best

unfinishwork at:4.50pm
ari nih takede citer best..aku malas nak story lagi pasal trip ker wang klian..lain kali la eks..takde mood ma..aku sesaja update blog ari nih..ok la lain kali aku lepak sini, aku citer apsa trip kitorang ker wang klian k

Wednesday, February 22, 2006

kerja gila

unfinishwork at:11.38am

Citer nih berlaku semalam. Kami plan nak p survey ikut cara sendiri tapi bila dah sampai kat Komtar, depa suruh ikut depa. dah la bagi jalan konon secara random. gila dah la jauh nak p..aku ngan noli mana la ada kenderaan. bayangkan dari komtar nak p Jalan Cannon, pastu nak kena pi jalan pintal tali yg jarak dia dalam lingkungan 200 meter. memang la agak dekat, tapi kalu dah berjalan kaki dari komtar ke Jalan Cannon dah 200 meter, kemudian jenjalan kat Jalan Cannon tur dah satu hal..apa kes tur..nih yg buat aku geram nih..pastu patah balik pi komtar..rehat, sembahyang dan makan. kendian p Lorong Tok Aka yg jarak dia lebih kurang 200 meter dari Komtar..sedangkan kalu ikut betul2 lepas p Jalan Cannon atau buat ja jalan yg paling dekat dengan Komtar..so takde la lalu jalan yg sama berkali2...tak tau la. kerja bodoh la tur..dah la aku ngan noli tunggu kat Jalan Pintal Tali dari kul 11 sampai kul 3..baru nak settle kerja. nak ikut tak bagi..so terconggoklah aku ngan noli kat tepi jalan..ada ka patut.dah la panas, lapar, letih, segala macam perasaan la..ntah la. teruk kena buli.
Hari nih plak depa suruh kitorang ponteng klas..memandangkan aku dah 2 kali ponteng..so takleh lagi dah. aku send msj kat dorang, tapi aku rasa aku penat sgt kot, aku tak send. tak tau la..ada kesilapan teknikal kot. melenting dorang marah kitorang sbb tak datang. aku tak sengaja lor..dah la semalam tido kul 3.30 lebih. mana nak sedar menda nih..lantak dorang la..aku suka sbb dorang rasa la apa yg kitorang rasa. ala..dorang tunggu setengah jam jer..bkn cam kitorang semalam sampai 3 jam lebih..igt kitorang kuli batak dorang ker...hishs...tgh marah nih...dah la aku nak carik bahan nak siapkan assignment Dr. Amir.chau....

Monday, February 20, 2006

Jumpa Dr. Lee

unfinishwork at:5.05pm

hari nih, kitorang p jumpa Dr. Lee sbb nak bincang psl kitorang punya problem. Dr. Lee tak nak kitorang berpecah dan dia mau kitorang pk cara lain utk kluar dari kebuntuan nih..masalah ni bkn kitorang yg create..so pandai la dorang settlekan. aku malas nak cakap apa..Dr. Lee tanya aku jawab. mmg betul pun takde masalah pd aku ngan noli pasal projek nih..kerja siap. mmg la kitorang slalu gak gaduh pasal projek nih..tp takde plaj kitorang tak wat keja..keja siap apa. dah dpt carik data yg diperlukan lagi. bukannya tak wat apa langsung. la nih aku ikut jer..apa2 depa tak puas hati cakap direct la..aku leh jer nak gaduh..tak kisah la dorang nak wat apa pun. aku dah malas nak layan dah...ok tak camtur..okla aku blah dulu. malas nak citer byk2..wat aku rasa bengang jer..chau chin chi

Friday, February 17, 2006

kesedihan melanda

unfinishwork at:11.25am
Sepatutnya kitorang (aku ngan Noli) jumpa Dr. Lee pagi nih..tapi last minute dorang cancelkan..(ntah betul ker tidak tak tau la). kitorang kena naya ngan dorang. ada ka patut, dah separuh kerja jalan, last2 cakap nak berpecah dan buat hal masing2. Gila, kitorang penat carik bahan dan maklumat utk siapkan projek Georgetown nih..last2 suruh kitorang pikir nak wat yg lain atau continue jer ngan projek yg ada 2 org..tak ke naya jer tur. Sebab yg dorang bagi cuma tak sepahaman..slalu gaduh pasal takleh nak kongsi pendapat..sedangkan kitorang dah cuba yg terbaik utk kumpulan ini.
yg peliknya lepas dah dapat semua data perumahan di Georgetown baru cakap yg kitorang slalu gaduh dan takleh berkerjasama lagi. yg aku tak paham apa motif doran wat kitorang camtur...penat tau camni. Bkn skali dua depa wat camni.,.tp dah byk kali dah. aku dah penat dah nak lawan balik. kitorang tak tau nak wat apa..ikut salah, tak ikut pun salah. apa yg aku leh wat skang hanya berdoa Allah berikan kitorang kekuatan utk hadapi semua dugaan nih..

Wednesday, February 15, 2006

geramnya aku!!!!!

unfinishwork at: 12.05pm

today..aku bangun awal la juga walaupun malas dan letih jer. Dah la pagi nih kena antar adik sepupu aku g Dewan Peperikasaan D..bas takde cecuti nih..penat la juga jalan kaki..dah tur pas p sana balik ke studio sebab ada discussion..dan discussion last sad ending. Ada ka patut kata kami taknak terima idea dorang..hampeh siot. Sapa yang tak nak trima idea sapa. kalu kitorang tak trima dah lama kitorang tak wat keja nih. ini tak, setiap kali discussion, idea depa kitorang trima siap boleh generate idea baru g. yg depa tur asyik bangkang tapi tak support langsung..kalu la depa tur kecik..dah lama aku cepuk..kekekeke!!!!
Nasib baik la uncle ajak kitorang p makan..kalu tak kelaparan dan juga takde tenaga nak lawan balik...dah la...malas nak story lagi dah..ok all take care!

Monday, February 13, 2006

Kisah today

unfinishwork at: 1.45pm

Aku baru balik sini..la aku kat komtar. jap lagi aku nak p MPPP. nak amik maklumat. bebudak group aku suruh..hampeh..semalam cakap depa nak mai sendiri..skali takde pun. takpa la dah alang2 aku sampai sini nak wat keja aku..so aku amik la. apa salahnya kan..so ok la aku blah dulu..kang sempat nnti aku update lg la noh..bye

Saturday, February 11, 2006

aku nak citer apa eks

unfinishwork at:1.30pm

Ok hari nih aku nak citer pasal apa eks..takde citer sebenarnya. semalam aku ingat nak share pic Georgetown ngan korang...alih2 lembab la plak nak download..skali hampeh. then today aku igt nak share ngan korang semua pic insan2 penting dalam idup aku...tapi pic plak takde..so aku just share apa yang ada la noh...k check it out!!!!

Nih pic pemandangan dari bilik aku kat Tingkat 10 VSK
Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket

Friday, February 10, 2006

My project

unfinishwork at:2.00pm

skang nih kitorang ngah pening nak siapkan kerja2 survey yg sepatutnya dah lama mula..tapi soalan masih dalam proses editing set soalan soal selidik..gila weh..byk yg kena dibetulkan. lusa maybe nak turun site skali lagi utk kenal pasti sampel..dah la luasnya kawasan kajian kitorang. rasa cam tak sempat cover semua jer..k la aku dah takde idea lagi dah. nak citer pasal projek nih tak semangat...

Thursday, February 09, 2006

masih lagi pic APSA

n lunfinishwork at: 3.00pm

hari nih..aku sesaja jer nak update blog..tadi kat lab takleh la..so mai cc nih..hope ada pic yg best dlm pendrive aku nih..k..check la dulu noh

Nih Pic masa hari pertama..kitorang tgh siapkan board utk APSA ngan lecturer

Image hosting by Photobucket


Nih pun pic kitoang ngan lecturer

Image hosting by Photobucket

Wednesday, February 08, 2006

Takde tajuk best

unfinishwork at:1.35pm

hari nih..cam biasa aku bangun dengan penuh perasaan..tapi still tak pi klas sebab tak sedap badan..perut aku meragam ma..nasib baik dah ok..kalu tak sure aku tak pi klas ptg nih..mesti lecturer amik kedatangan..nanti tak pasal2 kena potong markah..k la aku takde citer best ari nih..tgk la dulu pic apa yang ada kang nanti aku upload yer..

Monday, February 06, 2006

Misteri dan Hebatnya Makna Cantik!

unfinishwork at:2.30pm


Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan.

Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.

Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu.

Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan. Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.

ntah

unfinishwork at:2.00pm

Today, aku dengan penuh kemalasn membangunkan diri..tengok jam dah kul 9.15pg..kuang3x..ari nih ada prensentation kerja studio..tp leh bgn lewat. nak kata bgn lewat taklah..sbb aku bangun kul 7 lg..sj malas nak bangun..kui3x. ntah la..apa la nak jadik ngan anak dara Othman nih...dah lama sgt cuti kot..tur yg bangun pun ala2x gitu..k la aku tgh cuba upload pic kitorang amik masa open house di Armenian Street ari Sabtu lepas...k..having a problem here..so aku stop sini lu a..bye

Sunday, February 05, 2006

Hari ni hari Ahad

unfinishwork at:1.45pm

Ari nih aku mai cc sesaja la..igt nak burn pic dlm cd, tpi pc nih takde cd burner la plak..jap lagi aku minta noli la kot tlg burn utk aku..but aku nak kongsi ngan korang pic ahli kumpulan aku masa colaboration ngan UniSA ari tur....

My Group
Image hosting by Photobucket

Saturday, February 04, 2006

citer apa eks

unfinishwork at:1.40pm

dah lama lepak kat cc..last baru nak update blog..takde menda nak wat.nak carik bahan takde sgt. dok chating jer kejanya..tak abis2 ngan chating...sebenarnya plan nak tambah pic..tp tak bawa cd la plak...so lain kali la eks....k itu jer kot...bye

Thursday, February 02, 2006

Pic jamuan makan tengahari UniSA & USM Msc2

unfinishwork at:2.30pm

nih beberapa lagi pic masa kitorang wat colaboration ngan bebudak planning dari UniSA. Nih masa lunch yg disponsor oleh Dr.Lee.

Hidangan yg sedap...seblum dingap oleh kitorang
Image hosting by Photobucket

Serang...
Image hosting by Photobucket

wajah-wajah kekenyangan...
Image hosting by Photobucket

Bergambar lepas masing2 dah kenyang!!!
Image hosting by Photobucket

Story ari nih

unfinishwork at: 2.05pm

takde story sebenarnya..sesaja jer drop by nak amik address ivory.Hari nih aku cuma nak add beberapa pic lagi..

nih pic kengkawan aku masa kitorang di Msc 1 dulu..skang still kawan, tapi dah bertambah ramai...

Image hosting by Photobucket

Wednesday, February 01, 2006

Cuti-cuti malaysia

unfinishwork at:12.40pm
Best cuti banyak hari nih..lepak umah aja. nak kata bosan tur ada la juga.tapi nak wat camna abang aku tak cuti. tapi takpa la, asalkan aku dapat rehat sebelum turun padang wat survey. nanti mesti penat.so itu aja kot...lagipun aku takde idea sgt nak story apa...k bye.