Friday, March 31, 2006

Komen penyelaras studio

unfinishwork at:4.30pm

heh..hari nih dapat report teknikal, peh..komen sempoi punyer..sedih siot..dapat byk c+..warghhh..penat wat report satu malam tak tido, wat survey 2 hari..letih weh bila tgk result tak seberapa..tapi pengalaman dan pengajaran yg kitorg perolehi tur lebih byk dan berbaloi...k la tur ajer..chau chin chi...

Thursday, March 30, 2006

Tak jadi test

unfinishwork at:1.30pm

Heh..semalam sibuk study, tapi tak masuk sgt pun. tapi alhamdulillah tak jadi test ari nih..tukar minggu depan. Ala, Dr Rahmat cakap senang aja. Biasa la mmg slalu pun lagu tur la, cakap ja senang, alih-alih susah jugak. Tur yg kena study lebih tur. biasa la nama pun student..hehehe..so ok la weh, aku blah dulu..chau chin chi..

Wednesday, March 29, 2006

Cute tak

unfinishwork at:1.55pm




cute tak..heh. sesaja jer amik nih. takde keja nak wat dan takde story nak share ngan korang..ahaks..k, chau chin chi!

Tuesday, March 28, 2006

heart...full of love

unfinishwork at:3.00pm







slalu pun takde menda

unfinishwork at:11.45am

cam biasa ari nih aku mai lab..sesaja jer nak check email dah juga update blog dan fs. warghh..semalam hujan kat penang. best siot..sejuk jer. ada studio tapi wat jahat tak pi..hah takde maknanya p studio semalam. so ari nih kluar lepak kat lab. takde menda sangat la nak kongsi ngan korang..k la chau chin chi...

Sunday, March 26, 2006

email kawan aku

unfinishwork at: 1:46pm
Subject: Cara-cara nak cover malu..
1. kalo tersepak batu:
Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..
2. kalo terjatuh beskal:
cepat2 naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje2 buat lawak...
3. kalo terjatuh tangga:
terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...
4. kalo terjatuh dalam longkang:
pungutlah sampah yang ada sambil marah2 dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan....
5. kalo jatuh ketika nak naik bas:
jeritlah kuat2.."oi! apa tolak2 ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....
6. kalo terjatuh di dpn bus stop:
terus buat2 pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalo takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....
7. kalo jatuh tergelincir kat lantai licin:
tarik la> > kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....

Friday, March 24, 2006

meeting???

unfinishwork at:1.30pm
poyo2 jer aku balik sini awal..skali hempeh..meeting apa camtur, kalu semua nak xde menda nak dibincangkan..buat meeting sebab tak nak nampak takde menda lngsg kat bebudak lain..igt aku tak tau ker..tur la..degil sgt nak balik. skali haprak..apa takde. igt aku ni hapa..tukang bg idea ker..sesaja la tnya aku konon..nak kenakan aku la tur. blah aa..aku tak nak bg idea bkn apa..kang nnti ada org tur bengang lak..so wat cam tak tau apa jer..dah la kalu aku membebel citer psl nih..wat aku tambah sakit ati jer..k la aku blah dulu eks...

Thursday, March 23, 2006

dah lama tak update

unfinishwork at:12.50pm

dah lama tak update blog nih..bukan takde masa tapi takde citer best nak kongsi. slalu lepak lab tapi takde citer nak kongsi that y la tak update bloh nih..so ari nih aku cuma nak citer apsal interview aku jer..pagi tadi dengan penuh perasaan aku bangun awal..siap.kul 7.20 kluar umah..naik la bas..slalu bas laju..ari nih maybe sbb ujan so dia bw cam kura-kura. so lewat 5 minit a aku ari nih..tpi dorang tak start lagi..lepas aku dah siap semua dokumen..aku tunggu la kat luar. ramai dah masuk..semuanya takde la lama mana pun..paling lama 20 minit, paling cepat 10 minit..termasuk la aku skali..10 minit jer..sbbnya aku nih terlebih layak. so dorg suruh aku renew aku punya permohonan melalui online system..so aku pun say ok la..pastu kluar lepas ucap thanks..k itu jer..chau chin chi...

Sunday, March 19, 2006

hari ini, semalam dan kemarin

unfinishwork at 5.00pm

hari nih, takde menda nak citer..sampai kul 2.30 tadi, lepak jap kat umah. noli sampai ajak kluar mai cc nih. so ikut ja..takde menda sangat. semalam pun takde menda sgt..just lepak umah tgk tv ja. kemarin, bertungkus lumus menyiapkan report dan powerpoint utk presentation resis. kalut2 jer wat keja. kul 3 masuk bilik persidangan dan dup dap dup dap..en. jamil mai juga. aku present ok, cuma banyak gak la kena hentam ngan lec. banyak menda yg aku wat salah. tapi sekurang2nya tajuk tesis aku ok. takde la kena tukar atau apa2. so selamat la...tinggal lagi 4 minggu jer lagi aku nak pulun tesis aku..so wish me luck...dah. bye.

Monday, March 06, 2006

Ntah apa2

unfinishwork at:12.55pm

hari nih lepak kat lab nak wat assignment..tapi dah dok kat sini, biasala menyelam sambil minum air. update fs dan blog nih..keja siap sikit jer..masih byk lagi nak kena wat..pc plak masuk wad. tak tau bila leh baik. mula2 tur aku ngan noli jer..pastu masuk jalil dan kengkawan yg lain..riuh lab nih dgn kitorang. dah la geng yang masuk tur semuanya geng2 kepala sempoi ja. dah brapa ari tak jumpa dorang so riuh la sikit ari nih..byk citer nak kongsi kan. so itu jer kot..dah dekat kul 1 dah nih..kang tak sempat save plak keja aku nih ha..k chau chin chi...

Friday, March 03, 2006

surat cinta kelakar

unfinishwork at:10.18am

khas untuk awekku

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulanmenumpahkan cahaya dibawahkaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkaneurika nostalgia cintalama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersamamolekul-molekulhidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit taliperutku. Dankehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora danshahdu. Kau jugamengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub,penguin, kambing salji,mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasutdan pasu bunga.Kalaitu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan akuumpama Kurt Cobain danRafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnyapercintaan yangmendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itutelah mengundangperpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruhpenternak lipan diBurma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedangbersiap sedia menjadi tuanrumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripadapenebangan pokok getah secarabesar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkanaku menghidappenyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut.Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiapmasa sebagai langkahkeselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yangtelah terjadi. Akubagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelantingke ruang angkasa,apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagiberfungsi setelahakutersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga kerubber-set. Seluruhperjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stalagtit dan stalagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubahbila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 keruang angkasa raya.Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku.Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari akutermenung di dalam petisejuk mengenangkan dirimu yang entah ke mana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu,tetapi aku tak berdaya.Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisaterjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuhcintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dandihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapiKomuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapaaku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver,McDonald's, Supermanatau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultramanseperti yang kauidam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dankekurangan kemudahan awamdi tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasitelah menjadi capatidan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, di atas pokok getah ini akutetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini,selagi ada kompleksmembeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar disekitar Argentina,selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetapmenunggumu sehinggalahmentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawapenantianku hanyalahsia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusanmektamad untuk menunggutiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiangelektrik berbuahnanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

Thursday, March 02, 2006

Turun Butterworth

unfinishwork at:6.30pm

Ari nih aku turun p Bagan / butterworth..sebab nak amik maklumat kat mpsp. skali dah pindah opi. katun tul la..so aku just p snap gambar jer la kat sana utk tugasan En. Ghapar nanti. Cuma yg takde pic waktu malam jer..lagi pun kena turun lagi coz ada yg belum lengkap. byk lagi kawasan aku tak p. tgk la nanti camna..k la tur jer. so bye all..take care.

Wednesday, March 01, 2006

Aku

unfinishwork at:5.15

Aku
Di bawah terik mentari,
menyusuri jalanan.

Aku
berpayungkan sehelai daun
merentasi hutan
yang penuh onak duri

Aku
bersuluhkan cahaya sang kelip-kelip
berjalan di lorong-lorong kota

Aku
tersandung dalam terang
meraba dalam cerah
mencari aku
mencari diri

Aku
Entah di mana?
Hilangkah aku dalam aku?