unfinish work at: 8.50am
Heh..apa aku nak citer hari nih..masih sama kot. xde apa yg menariknya. Life must go on. with or with out doing anything about it. Tapi sebagai manusia, kita dianugerahkan dengan akal dan kudrat. Pekerjaan yg baik dan halal suatu kemestian pada masa ini. Cuma terasa betapa sukar utk memiliki pekerjaan yg baik itu. Pertama kali aku melalui pengalaman memohon pekerjaan, terasa peritnya. Kenapa begitu sukar utk memiliki pekerjaan yg setaraf dengan kelayakan. Terlalu byk persaingan agaknya...ada antara syarikat2 yang aku pohon menginginkan pekerja yg berpengelaman. Dalam hati terdetik, bagaimana nak ada pengalaman jika tidak diberi peluang.
Hari ni, ketika aku mengadap pc ni, aku sedar sebenarnya pengalaman itu penting. Namun dalam mencari pengalaman itu, seseorang harus berani mencuba sesuatu yg baru. Alhamdulillah, aku mendapat majikan yg sanggup mengajar fresh graduate seperti aku. Kini, menjadi tanggungjawabku utk mempelajari sepenuhnya ilmu yg ingin dicurahkan oleh majikanku. Segala peluang yg ada harus direbut demi utk sebuah pengalaman. Walau apa pun pekerjaan yg kita lakukan, keikhlasan dan kesungguhan utk mempelajari sesuatu yg baru harus ada dlm diri. Kumpullah sebanyak pengalaman yg boleh....