Monday, July 30, 2007

Cerita seorang Sha

unfinish work at:4.10pm

Huhuhu.....hari nih aku kena blajar menda yang pada aku sgt leceh. But i will prove that i can do it. hope so!. kalu x...aku akan kena hentam la sbb x bg perhatian. xper...slow2 la aku blajar. Tapi aku harap aku dpt p awal ke Kampar, jadik aku akan lebih dekat dengan family aku dan bf aku. Byk juga dugaan aku kat sini..kat Kampar nnt ntah mcm mana la..kat sini kalu bosan blh jugak lepak kat KL. nnt dh p Kampar, lepak tepi tasik dlm UTAR la jwbnya....huh, cam syahdu jer. Ok la aku nak continue keja aku nih.kang lupa plak...bye!

Thursday, July 26, 2007

Cerita seorang Sha

unfinish work at:4.05pm
Hari nih aku nak citer pasal apa ek?. ha apa kata aku citer pasal apa aku nampak pagi tadi. Seperti biasa aku akan melalui pasar hari sebelum aku sampai ke tempat keja. Kat sini setiap hari ada pasar pagi, tapi mostly peniaga adalah chinese. Aku rasa 99% adalah peniaga chinese. Sepanjang pasar pagi tur cuma ada 2 jer peniaga melayu. Kadang2 aku singgah juga beli nasi lemak kat depa. Tapi pagi tadi aku terkejut sbb aku nampak ada orang jual katak. Katak tur plak dah siap di siang (dibelah perut dan dibuang segala isi perutnya). Aku tak pernah tgk lagi, setakat tgk dlm tv jer sebelum nih. Aku x tau apa perasaan aku time tur...kesian ker geli ker tgk katak tur.
Sebenarnya byk juga menda pelik yang aku x pernah tgk aku tgk kat sini. Betul la kata orang, jauh perjalanan luas pemandangan dan pengetahuan. Aku x biasa dengan KL nih, tapi dlm masa sebulan aku dah boleh adopt dgn persekitaran di sini. Tapi bandaraya KL tur x abis lagi aku jelajah. Masih ada byk tempat aku x p lagi mcm Berjaya Times Square, KLCC dan Menara KL. ntah bila la aku boleh p, nak p sorg2 takut. Ye la, KL nih ramai sgt pendatang. Macam2 boleh jadik kalu jalan sorang2 nih. Well tur jer la, lain kali aku citer lagi.

Wednesday, July 25, 2007

Cerita seorang Sha

unfinish work at: 2.20pm

Hhmmm....hari ni aku nak story pasal apa ek?. Aku pun dah tak tau sbb mcm xde cerita jer nak share ngan korang. sekarang musim buah-buahan tempatan. Kita boleh jumpa byk buah-buahan tempatan nih kat mana2 pasar malam atau tepi jalan. Aku mmg suka setiap kali musim buah. Aku paling suka makan buah-buahan tempatan terutama durian, rambutan, langsat, mata kucing dan manggis. Sebenarnya ada lagi..cukup la sekadar sebut beberapa jenis jer..hehehe! Nak tau semalam aku beli sekilo buah mata kucing..yg bestnya aku makan setengah kilo sorang dlm masa beberapa jam jer..hehehe. Buah tur kalu letak dlm peti sejuk lagi sedap. Tp rumah aku takde peti sejuk, so x dpt la aku makan mata kucing sejuk..huihuihui...

Biasa la tinggal sorang, mcm tur la. Aku pun x percaya aku boleh makan 1/2 kilo sorang. Nak wat cam mana dah aku suka buah tur..ingt lepas nih nak beli manggis plak la. Ahad lepas aku dah makan rambutan..nak beli durian aku x reti. xpa..nnt aku balik mnggu depan, minta ayah tlg belikan. Ayah aku pandai pilih buah durian. Ayah slalu beli bila musim buah tiba...sebabnya mak aku ngan aku suka makan. Dlm family aku, cuma aku ngan mak aku jer hantu durian. Dulu tokwan aku ada dusun buah-buahan, tapi sayang kerajaan dah amik tanah dusun tur. Kalu x mesti tahun nih dapat makan rambutan kuning ngan buah duku langsat. hhmmm....aku nak sambung keja ku nih..lain kali aku citer lagi.

Saturday, July 21, 2007

Cerita seorang Sha

unfinish work at10.04am

Hehehehe....xde keja nih. Bosan, so dgn penuh perasaan aku update blog ku ini. Heh..mcm best jer kan. Sebenarnya aku rindukan family aku. X pernah aku berjauhan mcm nih ngan dorang. Yelah...study dulu kat Penang jer..rasanya mcm aku bermimpi jer..tp hakikatnya aku dah 4 bulan di perantauan. Huhuhuhu....pejam celik pejam celik dah 4 bulan. Nnt aku tranfer p Perak plak. Dekat la ckit..tp rasa cam nak kerajaan wat projek keretapi laju dari Penang ke Perak jer. Mcm laluan keretapi Ipoh-KL yg akan beroperasi awal tahun depan. Lepas nih, org yg dok Ipoh pun dh boleh keja kat KL. Mcm org Seremban keja kat KL la. Naik komuter jer.
Sebenarnya, sistem pengangkutan di Malaysia dah bertambah baik. Cuma kita x begitu menggunakannya. Sbb tu la pengangkutan awam tak begitu mendapat sambutan. Itu yang menyebabkan pengusaha syarikat pengangkutan tidak dapat menyediakan perkhidmatan yang lebih baik. Tapi aku rasa apa yg Rapid KL wat sekarang juga satu langkah yg baik utk menggalakan orang awam menggunakan pengangkutan awam. Xde la KL nih sesak ngan kereta setiap hari. Sebenarnya, penawaran pengangkutan awam nih bergantung kepada permintaan. Kadang2 depa sediakan perkhidmatan tapi xde org nak guna, rugi la kalu diteruskan. Setiap operasi memerlukan kos..betul x?. Anyway, that just what i have in my mind. k, that all for now. Hrp boleh berkongsi pendapat dengan kwn2 di luar sana.

Tuesday, July 10, 2007

Bosannya.......

unfinish work at:8.56am

Pepagi lagi dah bosan, dah la kat office nih. Ntah apa nak jadik la kat aku nih. Masalahnya mmg xde keja nak wat. Aku bukan apa, byk sgt menda aku pikir bila xda keja nih. Otak aku ligat macam bola berpusing jer. Bila dah bosan nih, mula la rasa mengantuk, tambah plak dah brapa hari aku tido lambat. Rasanya start hari Ahad 1hb lagi. Aku tido paling awal pun kul 11, tur pun sbb dh letih sgt. Lepas, aku dah start wat hantaran tunang. Sikit jer, sbb x cukup masa. Lagi pun bukan utk aku. Tapi aku dah carik barang dan idea utk wat hantaran aku nanti. Nak belajar wat sikit2, mana la tau lepas nih boleh amik upah wat hantaran plak..dpt juga pendapatan sampingan.
Banyak perkara yang aku pikir skang nih, badan aku pun sampai letih2. Siap dah bagi amaran dah. Yelah, badan kita kalu dah x cukup rehat, mula la sakit. Tur tandanya kita perlukan rehat dan makan makanan yg seimbang. Aku nih, dah la makan pun x tentu. Dok jejauh nih, wat aku rasa rindu sgt kat mak aku. Terutama time2 camni, kalu ada mak di sisi kita sekurang2nya ada juga org nak jaga. Aku nih plak jenis yg suka dimanja bila aku x sihat.Huhuhuhu.....rindunya kat mak aku.