Penang hujan pagi tadi...best sangat..sejuk. Aku bangun pagi tadi terus p mandi dan basuh baju. Pastu taip assingment (tak habis2 taip assingment). Tengah hari turun kafe..beli nasi dan balik makan kat bilik..aku jarang makan kat kafe..boleh dikatakan aku lebih kerap makan kat bilik. Aku bosan juga sebenarnya..slalu aku kluar lepak KOMTAR kalu hujung minggu...lagi pun dulu aku slalu balik umah. Skang banyak keja la. Ni pun ada dua assingment nak hantar ari Khamis. Satu apa tak buat lagi..Assingment Dr. Alip, aku tak amik tajuk lagi. Esok la. Nasib baik ptg dah tak hujan..leh la aku kluar lepak kat cc nih..dengar lagu feveret aku..(tak bosan ker?)..(time hujan camni aku suka nyanyi lagu Allahyarham Sudirman..)Well aku rasa itu jer kot..dah takde idea..tengah tunggu matahari memunculkan diri dicelahan awan...
Hujan
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
Hujan
Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut
Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...
Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini
Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...
No comments:
Post a Comment