Alhamdulillah dah selesai pun masalah aku ngan Abang. aku bukan apa..tak suka nak gaduh lelama. Apatah lagi dia jenis yang senang cool. Cuma aku perlu tahu camna nak pujuk jer. Lama juga aku sembang ngan dia semalam. Itu pun selepas 3 kali aku call. Kata orang bila kita bertengkar...ia akan mengajar kita erti kesabaran dan juga cara mengawal emosi. Walaupun aku tahu banyak hal yg berlaku terutama pertengkaran kecil adalah disebabkan aku. Sekarang aku perlu belajar untuk mengawal emosi dan tidak campur adukkan hal study dgn hal peribadi. Yang penting di dahulukan dan yg kurang penting dikemudiankan. Kalu aku asyik nak dia paham aku dan aku tak nak paham dia camna nak happy dan kekal. Harap lepas ni aku akan lebih bersabar dengan apa yg aku hadapi. Well itu jer..jumpa lagi...
Happiness Keep U Radiant, Trial Make U Strong, Sorrows Keep U Human, Failure Keep U Humble, Success Keep U Glowing & GOD Keep U Going!!!
Friday, December 31, 2004
Thursday, December 30, 2004
Nak publish website
unfinishwork at:5.10pm
Aku kena antar assignment dlm bentuk website..so aku dah create guna front page. Skang aku nak upload file ke internet jer..hope senang la keja tur..maksud aku tak pening kepala aku nak siapkan beda tur.tapi masih ada beberapa bahagian dalam assignment aku yg belum siap..tapi publish jer dulu mana yg ada...malam kang siapkan yg separuh lagi. Sebenarnya aku boleh siapkan semalam tapi..biasa la, mood aku tak baik dan aku baru lepas gaduh ngan Abang. Entah aku tak tahu kenapa aku mesti cari pasal ngan dia, aku tahu dia marah aku. Aku dah minta maaf, tapi dia nak dera perasaan aku dgn berdiam diri dan nak aku fikir kesalahan aku. Abang, plz la...Sha cuma bad mood, tension sebab byk hal yg perlu wat tapi sha masih lagi relaks..Sha dalam proses untuk mengatur semula hidup Sha, dan merancang untuk masa depan.....wish me luck.
Tuesday, December 28, 2004
entah....
unfinishwork at:12.10pm
lama gak aku tak update blog..ari tur nak update tak leh masuk. Aku balik umah la..ada kenduri umah Paklong Din. Aku bukan slalu balik balik ke Baling. Aku takde citer sangat..malas nak menaip pepanjang. Semalam Penang digemparkan oleh gempa bumi dan 'tsunami'. Aku kat kampung tak terasa sgt..tapi bila dah tgk berita dan baca paper, tak sangka teruk juga..aku dpt tahu dlm kul 10..uncle bagi tau.
Ari ni aku kat studio, En.Jamil dah mengamuk sbb projek tak siap dan masih tak cukup responden. Kena buat lagi dan kena uruskan semula projek. Back to basic la skang. itu yg wat aku malas tur..hampeh betul bila kena wat keja dua kali..kalu ikut jadual asal, skang dah siap wat layout dan laporan teknikal. Waarrggghhh...malas nak fikir..okey jumpa lagi....
lama gak aku tak update blog..ari tur nak update tak leh masuk. Aku balik umah la..ada kenduri umah Paklong Din. Aku bukan slalu balik balik ke Baling. Aku takde citer sangat..malas nak menaip pepanjang. Semalam Penang digemparkan oleh gempa bumi dan 'tsunami'. Aku kat kampung tak terasa sgt..tapi bila dah tgk berita dan baca paper, tak sangka teruk juga..aku dpt tahu dlm kul 10..uncle bagi tau.
Ari ni aku kat studio, En.Jamil dah mengamuk sbb projek tak siap dan masih tak cukup responden. Kena buat lagi dan kena uruskan semula projek. Back to basic la skang. itu yg wat aku malas tur..hampeh betul bila kena wat keja dua kali..kalu ikut jadual asal, skang dah siap wat layout dan laporan teknikal. Waarrggghhh...malas nak fikir..okey jumpa lagi....
Tuesday, December 21, 2004
hari yg sibuk!!!!!!
unfinishwork at: 3.45pm
nampaknya hari aku akan sibuk memandangkan esok adalah deadline utk antar assignment. aku masih belum mula lagi...so perlu wat kajian sikit..masalahnya skop yg aku pilih terlalu luas..sedangkan nak bincangkan satu isu sahaja. tapi aku ingat lebih baik siapkan juga drp takde langsung. aku tak tahu sama ada boleh atau tidak tajuk yg aku amik nih..sebab terlalu luas skop yg aku nak bincangkan. lantaklah asalkan dah ada bahan rujukan cukup...well itu jer, aku dah lambat nih...kang nak tengok tv jap..citer me gorda bella(NTV7)...k got to go now.
Monday, December 20, 2004
tak tahu nak coret apa
unfinishwork at: 12.35pm
hehehe..aku sesaja mai cc nak cari maklumat. sambil tur apa lagi chating la...teruk betul aku nih kan..bukan nak wat keja cepat2...last minute baru nak kalut..tugasan ari selasa nak antar..satu apa tak start lagi...ok la..kang lama plak aku kat sini....chau lu yer...
Sunday, December 19, 2004
drop by to hello
unfinishwork at: 4.15pm
Aku kat The Summit..dah lama tak drop sini..slalu sampai terus tunggu bas nak balik umah atau balik Penang terus. Ari nih aku singgah jap...sesaja tengok apa yg ada kat shopping complex nih..kira window shopping la...pastu terus singgah cc. Jenguk blog..aku ingat tak nak balik lagi..nak lepak kat umah lama sikit..tapi member aku dah msg nak minta nota plak...ini yg malas nih..camna plak maklumat projek SP Point bleh ada kat aku..tak prasan langsung..so memandangkan ari Isnin nih dah nak bentangkan report so kenalah balik...neway...assignment aku pun lum siap g...okey la itu jer kot..kang bas aku sampai kang terlepas plak...nanti lambat plak aku sampai USM..see you all again....tata...
Saturday, December 18, 2004
Lagu Hati.......
unifinishwork at: 9.55am
Semua Untukmu
Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci
( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu
( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Semua Untukmu
Dengarlah bisikan angin bayu
Dengarklah bisikan ooo hatiku
Bagaikan sebuah melodi cinta murni
Semua adalah untukmu
Walaupun dalam lautku selami
Walaupun tinggi gunungku daki
Ku rela tempuhi rintangan yang ada
Semua demi cinta suci
( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Harapan yang ada
Tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Usah kau ragui keikhlasanku
Usah kau ragui oh hasratku
Kuserah seluruh jiwa dan cintaku
Semua adalah untukmu
( korus )
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah kau cintaku murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Semua adalah untukmu
Tanpa dirimu hidup tak bererti
Tahukah engkau cintaku suci dan murni
Jangan kau pergi
Dirimu tiada ganti
Akan ku berjanji oh aku berjanji
Segala harapan tersemat di jiwa
Semoga kau sentiasa di sisi
Friday, December 17, 2004
waaa......rindunya!!!!!!
unfinishwork at:12.30pm
Waaaa.....aku rindu betul kat family aku...terutama skali mak ngan ayah aku. Semalam tepon mak...waaa....rasa nak nangis...itu baru seminggu lebih aku tak balik...kalu sebulan tak tau la apa nak jaid. Ayah aku takde kat umah..ada kat kampung halaman dia la...Baling, Kedah. Sibuk sangat kot repair umah Pak Long Din. Adik aku plak p umah mak sedara aku kat Kulim..hampeh betul adik aku tur...mentang2 la cuti sekolah....bukan nak dok umah teman mak. Aku rindu gak kat adik sepupu aku Nurina...maklumlah dia jer sorang yg senang nak dilayan....layan blues la plak aku skang....hehehee...ok..aku dah lapar..ptg kang nak p SP plak.see you all
Thursday, December 16, 2004
geramnya.........
unfinishwork at: 4.05pm
Mangkuk betul...dari tadi aku cuba insert pic guna edit profile..hampeh takleh..salah masuk url.Tapi aku dah tengok URL yg photobucket tur..betul, abis apa masalah dia entah..dah tur aku cuba guna tag..boleh tapi berapa kali asyik keluar ERROR Requested...mangkuk betul...brapa kali aku cuba siut...last baru boleh..tapi itu pun secara tak sengaja sebab aku nak edit benda lain...benda yg aku edit tak boleh save dia save yg lain..geramnya. apsal nih..dah la cari info takde..camna aku nak wat assignment nih...nasib la aku kat lab...leh lepak lama sikit. Bukan apa..kang juling biji mata aku tgk pc lelama...(jadi cam sis yulie..), okey la aku malas lagi dah nak membelek blog, esok2 la plak...(ikut nasihat abg long...wat pelan2). blah dulu la...ngantuk...
sesaja drop jer nih...
unfinishwork at: 2.20pm
Heeheee....aku takde benda nak wat sebenarnya....petang nih takde klas..so aku lepak lab utk cari bahan rujukan utk assignment aku...sebelum tur aku p library cari buku rujukan. Ada tapi bukan utk assignment minggu depan. Tapi takpe la..ada la juga buku utk aku wat rujukan untuk tajuk Pengangkutan nanti. so skang nih aku sesaja nak try insert pic dalam blog aku nih...ok itu jer...
Wednesday, December 15, 2004
malasnya.....
unfinishwork at:4.09pm
weh...apsal tetiba jer aku rasa malas sangat...pas abis klas ari nih aku terus dtg cc utk update blog. Aku ingat nak siapkan kerja aku sikit lagi. Tapi skang aku ingat nak lepak dulu sebelum penuhkan kepala otak aku nih dgn perkara2 yg berkaitan...tapi yg bestnya aku pun tak tau nak wat apa dulu...stuck. dengar Mix..sambil fikir lagu apa nak download.....pasal problem aku tur..aku dah malas nak fikir lagi. Skang nih aku cuma nak fokus pada assignment yg makin banyak.okey la itu jer kot...aku tak dak story sangat nak share.....jumpa lagi...
Monday, December 13, 2004
Luahan....
unfinishwork at: 8.00pm
aku malas nak story banyak pasal apa yg berlaku ari nih....wat aku tambah sakit ati dan tension jer..kul 9.10 aku dikejutkan oleh incoming msg. Azman send msg bg tau klas start kul 9.30. Alamak, kelam kabut aku bangun..nasib baik dah mandi dan baju dah siap srika...aku sampai studio..En.Jamil dan cikgu dah tercogok kat luar. aku pun apa lagi bukak la pintu dan lepak kat studio..pastu baru la geng lain sampai....itulah En.Jamil, awat tak habaq siang2 yg klas diawalkan. So bermulalah sesi mereport apa yg kitorang wat sepanjang dua ari lepas. Yg pastinya si NC sorang jer yg bercakap..yg lain cam dah takde idea. Aku plak dah letih dan tak cukup tidur. Faisal tegur aku dah nampak pucat dan tak bermaya...siap tanya aku sarapan ker belum. Baik la plak mamat tur. Ari nih sepanjang ari aku bad mood. mana taknya, nak wat keputusan sapa nak p wat survey pun nak mengelat...ingat aku ngan man tak wat keja ker..dia yg silap..nak salahkan org lain...Lee Ching tak puas ati aku ngan man tak wat survey...dah aku bahagian PR, depa gak yg suruh...last skali aku ngan man wat keputusan ikut skali..pastu kalut sapa nak wat analisis plak...aku ngan Chal tawar diri...itu pun nak gaduh lagi..NC terus cakap biar dia ngan Lee Ching jer yg wat...so aku ngan man kena p wat survey ari khamis nih... semalam beria cakap jgn nak suka2 pi SP sebab takut claim tak lulus. itu aku pun tau..tapi semuanya diluar kawalan...aku hanya mampu menahan kemarahan...skang aku cuma nak jadi folower sahaja...biar la keputusan depa wat..aku ikut jer..yg penting aku wat keja dan keja aku memuaskan...okey la itu jer kot...pasal ari Sabtu dan Ahad aku tak update blog tur..aku p SP. lain kali aku story apa yg berlaku....sebab semuanya menguji kesabaran aku.
p/s: sorry uncle tak jawab phone....sha tertidur dan tak sedar ada call in..sorry yer.
Saturday, December 11, 2004
Hari yg paling membosankan.....
unfinishwork at: 5.10pm
Pagi ni penang hujan..aku plak pi klas selamba jer...bukan lebat pun..biasa jer.Sampai studio tak semua org ada..En.Jamil pun tak sampai lagi. Biasa la lecturer kitorang yg sorang nih..tp yg tak bestnya geng lain pun tak sampai lagi...nyampah betul. Abis bincang ngan En.Jamil, kitorang pun bincang sesama ahli group. Biasalah masing2 nak menang..aku plak malas nak gaduh..tambah plak si NC tur jenis yg susah nak trima idea org lain. Abg Man sampai dah tak nak bagi idea lagi..merajuk ngan si NC tur la...dah la lama kitorang bincang..result still yg sama..baik tak yah bincang kalu camtu...aku lapar...dkt kul 2 baru kluar makan...biasa la..kat tempat yg aku tak suka la...tp nak wat camna..kat situ jer yg paling dekat...hujan masih lebat. Petang aku ingat nak balik umah..tapi esok bebudak tur nak g SP. So kena la ikut. Aku dah takde duit nih...minggu nih aku tak balik umah..nak kena p SP...okey la..aku sebenarnya dah terkena sindrom malam nih...petang2 camni tidur best nih..jumpa lg noh....
Friday, December 10, 2004
cerita hari ni
unfinish work at: 10.00pm
Pagi tadi cam biasa g klas..ari nih Dato' yg ngajar so leh tahan la juga.Abis klas aku tunggu Noli. Ptg kitorang nak main badminton. so kul 3 kitorang kluar p gelanggang badminton. kat gelanggang aku dapat miss call dr Fizham..mimpi apa ntah mamat tur miss call. Aku agak mesti dia ada area tur gak..dia tur susah nak miss call aku kalu takde hal. So aku cuba la perati kot2 la dia ada kat situ..aku nampak sorang mamat nih..cam kenal tapi nampak cam budak cina..last aku dapat msg.."baik tak yah dtg kalu nak dok kat tepi jer"..sendernya mamat Fizham la..sah la mamat yg aku nampak asyik tersenyum kera tur dia..hampeh ko Fizham..kena kan aku eks..aku memang tak nak main. Bukan apa..tgh tak sihat camna nak main. Aku p la sembang ngan mamat tur..yalah bukan senang nak jumpa dia walaupun satu U..nasib baik la tak jadi pakwe aku..kalu tak mahu aku blasah dia. Nak low profail konon..dah ada awek tak nak cakap kat aku..takpe..nanti ko..ingat aku tak teror jadi spy ker..pas sembang ngan Fizham aku main juga dua game..dah lama tak main la weh..asyik kena smash jer..dah la bebudak tur main dengan penuh perasaan..perasaan riang gembira...takde langsung semangat sukan..asyik gelak jer...bukan letih main tapi letih ketawa..tapi main camtur baru la release tension..main pun bukan ikut peraturan..main sesuka hati jer..cuma dua game last jer main betul2..seronok juga aku tengok Ch'ng main..Fizham pun okey..yalah itu mmg game faveret dia..yg wat aku lewat update bukan apa..plan nak mai library awal..last2 kul 9 lebih baru kluar..ada janji ngan org..kat library plak server tak okey..aku kat cc cahaya..dah lewat...jumpa esok. Bye.
Thursday, December 09, 2004
maaf...lama tak update
unfinishwork at: 5.15pm
Sorry la aku tak update blog nih dah brapa ari dah. Aku balik kampung ari Jumaat. Petang Ahad baru balik USM. Ari Isnin dan semalam aku demam. Maybe sebab aku kena ujan hari Ahad. Teruk juga..sampai mood aku pun dah terganggu.Sian kat member-member aku. Aku tinggalkan discussion tanpa bg tau apa2. Ari ni dah ok sikit.Cuma batuk aku nih makin teruk. Risau gak aku, risau penyakit lama dtg balik. Harap taklah. Semalam aku p klinik..amik ubat. Doktor cakap kalu tak ok dlm 5 ari,aku kena wat full medical check up. Hope aku akan sembuh cepat. Well itu jer kot aku nak story kat korang. Jumpa lagi.
Friday, December 03, 2004
Sorry
unfinishwork at: 3.40pm
Ni yg wat aku malas nih..nak scan pic, tapi ada prob plak. Nak guna kat school..aku tak pandai nak tukar bmp ke jpg. So aku tak dapat nak letak pic yg aku plan nak story. Waaaa..tensionnya. Tugasan dah dpt 3..aku still rasa malas..mood cuti tak abis lagi. Dah la kewangan pun tak stabil lagi...tercabar juga jiwa dan minda. Dah la ada prob lain yg makin menghantui fikiran aku....aku rasa bersalah sangat bila fikir balik apa yg dah aku wat...well aku tak nak story pasal prob tur la..wat aku rasa makin bersalah...
Ni yg wat aku malas nih..nak scan pic, tapi ada prob plak. Nak guna kat school..aku tak pandai nak tukar bmp ke jpg. So aku tak dapat nak letak pic yg aku plan nak story. Waaaa..tensionnya. Tugasan dah dpt 3..aku still rasa malas..mood cuti tak abis lagi. Dah la kewangan pun tak stabil lagi...tercabar juga jiwa dan minda. Dah la ada prob lain yg makin menghantui fikiran aku....aku rasa bersalah sangat bila fikir balik apa yg dah aku wat...well aku tak nak story pasal prob tur la..wat aku rasa makin bersalah...
Thursday, December 02, 2004
Kenangan mengusik jiwa
unfinishwork at: 3.40pm
Ketika aku melalui foyer Kompleks Dewan Kuliah, aku terpandang kaunter Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP). Aku ingat GAPP dah tak wujud lagi, dah berkubur tanpa nisan. Alhamdulillah masih ada anak-anak Penang yg nak hidupkan semula GAPP. Teringat aku masa mula-mula join GAPP. Masa tur aku first year kat USM. Aku kenal ngan sorang budak Penang (skang best friend aku). Dia yg kenaikan aku ngan GAPP. Mula-mula aku cuma Pembantu Exco jer. Tahun 2 baru aku pegang jawatan penting dlm GAPP. Asalnya aku cuma Exco Kebajikan dan Kerohanian. Tapi best friend aku letak jawatan, dia serahkan tugas dia kat aku. Aku tak minat sgt..tapi dah suara umum setuju aku jawat jawatan Setiausaha Kerja. Time ni banyak juga xtvt GAPP. Antara yg best bg aku Program Motivasi Jejak ke-IPT. Aku dilantik sebagai Setiausaha Projek merangkap Ketua Fasilitator. Penat tur memang la penat..tapi byk pengalaman yg aku dapat sepanjang terlibat dalam GAPP. So untuk sepanjang Disember ini aku akan cuba kongsi ngan korang kenangan-kenangan dan xtvt sepanjang bergelar siswa dan segala suka duka seorang aku. Sekian.
p/s: InsyaAllah aku akan selitkan beberapa pic yg ada kat aku..tunggguuuuuuu!!!!!!!!!!!
Wednesday, December 01, 2004
Kisah hari ni
unfinishwork at: 8.14pm
Hari ini lewat aku update blog..bukan apa petang tadi aku sibuk sikit. Lepas kelas pagi aku p lepak kat lab, tengahari balik bilik ngan Noli. Hampir kul 1.45pm aku ngan Noli menapak ke kelas. Abis kelas aku terus balik bilik. Tak tahu nak wat apa aku ubah suai bilik. Aku wat semuanya sendiri. bilik yg sempit akhirnya luas lepas aku ubah kedudukan katil dan meja tulis. Senang la sikit aku nak solat dan kengkawan dtg lepak kat bilik nanti. Sebenarnya aku tak leh lelama kat cc nih..ada temu janji ngan member. Yang bestnya aku lupa kul brapa nak jumpa dia...hope tak lewat p bilik member aku kat Rumah Antarabangsa. Assignment pun lum wat lagi. esok nak antar. Alamatnya tidur lewat la aku malam nih..makan pun lum g nih..pakwe aku dah bising2 sebab aku makan tak ikut time. Slalu pun camtu. Sorry la abang, sha ni memang degil sikit. Okey la aku p dulu. Kang mare plak member aku tur. C you all again.
Subscribe to:
Comments (Atom)