Thursday, December 02, 2004

Kenangan mengusik jiwa

unfinishwork at: 3.40pm

Ketika aku melalui foyer Kompleks Dewan Kuliah, aku terpandang kaunter Gabungan Anak Pulau Pinang (GAPP). Aku ingat GAPP dah tak wujud lagi, dah berkubur tanpa nisan. Alhamdulillah masih ada anak-anak Penang yg nak hidupkan semula GAPP. Teringat aku masa mula-mula join GAPP. Masa tur aku first year kat USM. Aku kenal ngan sorang budak Penang (skang best friend aku). Dia yg kenaikan aku ngan GAPP. Mula-mula aku cuma Pembantu Exco jer. Tahun 2 baru aku pegang jawatan penting dlm GAPP. Asalnya aku cuma Exco Kebajikan dan Kerohanian. Tapi best friend aku letak jawatan, dia serahkan tugas dia kat aku. Aku tak minat sgt..tapi dah suara umum setuju aku jawat jawatan Setiausaha Kerja. Time ni banyak juga xtvt GAPP. Antara yg best bg aku Program Motivasi Jejak ke-IPT. Aku dilantik sebagai Setiausaha Projek merangkap Ketua Fasilitator. Penat tur memang la penat..tapi byk pengalaman yg aku dapat sepanjang terlibat dalam GAPP. So untuk sepanjang Disember ini aku akan cuba kongsi ngan korang kenangan-kenangan dan xtvt sepanjang bergelar siswa dan segala suka duka seorang aku. Sekian.
p/s: InsyaAllah aku akan selitkan beberapa pic yg ada kat aku..tunggguuuuuuu!!!!!!!!!!!

No comments: