Thursday, January 27, 2005

3 hari

unfinishwork at: 12.15pm

Isnin 24/01

Seawal 8 pagi aku menapak ke Sg 2 untuk tunggu bas. Aku dan Noli nak ke SP. Kul 8.30pg baru dapat naik bas..nasib baik tidak tersangkut dalam kesesakan. Sampai di jeti kena tunggu plak feri..9.30 pg baru dapat naik feri. sampai ke Jeti Sultan Abdul Halim lebih kurang 9.45pg..bas ke SP kul 10.15...nampaknya kitorang dah lambat..nasib baik janji ngan En.Amin 10.30 lebih. Tapi kami lewat sejam...biasalah, org naik BMW....kena akur la. Sampai SP,kami dapatkan semua laporan teknikal dan lepak kat satu food court..lama jg la mentelaah Laporan Teknikal Rancangan Struktur Negeri. Kul 2 p fotostat sebahagian drp RSN tur..mana larat nak salin semua..2.30 hantar balik RSN dan p makan. Kul 3.45 balik penang...yg memenatkan adalah kitorang tersangkut dlm kesesakan...dekat 2jam jugalah. Dgn panas dan lapar, aku ngan Noli menghabiskan masa dgn bersembang. Sembang perkara-perkara yg tidak masuk akal sangat la..Noli tanya aku apsal la Penang ni tak wat LRT..aku jawab la Penang ni kecik..mana cukup tanah nak wat LRT..kalu aku pun nak cadang wat LRT..dah la sepanjang perjalanan..aku tgk kebanyakan kereta hanya ada sorang jer..pemandu jer la..mana tak sesak jalan kat Penang. sampai USM kul 7.30 mlm.. Siap mandi, solat, kul 8.20 kluar p Cahaya..nak discuss assignment RPG 537...assignment yg aku tak tahu apa2 langsung.Kul 11 baru balik bilik..penatnya. Lepas makan terus tidur...
Selasa 25/01
Bangun cam biasa, solat pastu tidur balik jap..ingat nak wat database kat umah Noli..lepas Noli balik umah..aku terus bangun. Basuh baju dan cadar..kemas bilik dan dengar MP3..makan dan siapkan sikit database. kul 2 Noli sampai..siapkan sikit lagi database..Noli karang pendahuluan. Siap petang tu aku ingat nak kluar jalan-jalan amik angin sekitar USM..cuaca agak panas..so tak jadi..last sekali kitorang p Pulau dudoq...(tido la apa lagi.). malam lepas tengok tv..aku sambung balik wat database..siap..kul 12.30 baru tido.
Rabu 26/01
Hari ni..tak banyak citer..cuma pagi nih takde klas..bosan betul..aku mai cc untuk print dan burn assignment...pasni ada klas GIS...mesti kena sound punyalah sbb tak wat apa yg lec nak..masalahnya aku takde perisian GIS...dah la aku tak tau langsung nak guna GIS tur..apa2 pun p jer la..nanti tak pasal2 kena bar dari amik exam...dah la risau aku dapat surat tunjuk sebab tak daftar naya..esok aku nak p tanya kat Canselori bahagian pendaftaran dan exam. bahagian exam aku nak kena tanya pasai Semgred aku tak sampai ke umah..dah la surat aku antaq kat adik aku pun tak sampai..ni apa kes nih..tak tau la surat aku p mana..sian adik aku kena amik semula borang..well itu jer kot aku nak story..kang aku membebel kat sini..naya jer pos malaysia kena kutuk ngan aku...chau..

No comments: