Saturday, February 19, 2005

Tertinggal kunci......

unfinishwork at:6.00pm

Ni berlaku semalam..lepas kelas aku terus ke MPSP, nak tambah maklumat utk assignment aku. So menapak la aku dgn relaks ke bus stop. Amik bas, ke jeti pastu naik feri dan amik bas utk ke MPSP. Awal jg aku sampai..kira org kat MPSP tak masuk opis lg lps lunch..so aku p makan dulul. Kul 2 aku menapak ke MPSP..dah pinjam RTBM, aku pi fotostat. Kul 3 aku p tunggu bas utk ke BM plak. Penat tunggu..sejam kemudian baru ada bas..dah sampai aku terus mulakan operasi mengambil gambar dan juga maklumat yg berkaitan. lebih kurang kul 6 aku amik bas ke jeti. Bad call aku sbb nak pasang USB port. So aku pun rush la balik..tapi kul 8.15 baru aku sampai USM...yg bestnya aku seluk beg galas..cari kunci bilik..hah sudah takde..aku dah tertinggal kunci dlm bilik..kelam kabut aku cuba bukak pintu guna kad prepaid.
Biasanya kalu pintu bilik kat Gemilang terkunci dr dalam..memang kitorang buka dgn kad. cuba punya cuba tak boleh. kesian bad yg dah sampai tunggu aku buka pintu..adik-adik junior pun tolong aku buka..tapi hampeh takleh. So last skali aku minta bad balik dulu dan tinggalkan barang yg aku order..kul 9 aku pi bilik tv..saja nak release tension..tonton citer changjin..takleh miss la citer tur..tp stengah jam terlepas..takpe. dah abis tur aku naik ke bilik dulu..nak cuba skali lagi buka guna kad..aku guna kalendar the star yg kebetulan agak keras..dengan sekali cuba jer..pintu bilik aku terbuka. Senang la plak aku buka..alhamdulillah..kalu tak tidur kat bilik tv la aku semalam..tak pernah-pernah tertinggal kunci, semalam boleh wat tertinggal. Takpa la sekurang-kurangnya aku akan beringat sebelum kluar bilik, kena check dulu dah amik kunci atau blum..ok,aku nak balik nih..esok nak p Bukit Merah..barang tak kemas lagi. Jumpa lagi ari Isnin, InsyaAllah.

No comments: