Friday, October 14, 2005

Subject: Dekatnya Tamar Dengan Kita

unfinishwork at: 1.10pm

Ketibaan bulan Ramadan tidak meriah tanpa dapat menikmati buah tamarsebagai juadah berbuka puasa. Seperti menjadi satu kewajipan bagi setiaprumah untuk membelinya tidak kira dari jenis, gred yang paling rendahatau yang paling mahal seperti tamar ajwah 'pure' Madinah yang berhargaRM120.00 sekilo pada hari biasa manakala pada bulan ramadan harganyamenjadi lebih mahal. Tamar juga menurut kajian sains merupakan buah yangkhasiat dan kandungan gulanya cepat meresap ke dalam tubuh. Kita selalumendengar kisah2 Rasulullah s.a.w. dengan pohon tamar. Nyata pohon tamarpunya sejarah yang cukup unik dan masih ramai tidak mengetahuinya.
Syukur dengan berkat mengunjungi Makkah dan Madinah untuk mengerjakanumrah semasa pengambaran Drama Cinta Madinah yang bakal disiarkanceritanya pada saluran RTM bulan ini, saya dan semua krew dan artismemperolehi satu lagi cerita istimewa asal-usul kejadian pokok tamardari Tuan Haji Isa Darus atau Pak Long (Kisah Pak Long Isa pernahtersiar dalam Anis julai lalu).
Menurut cerita Pak Long , asal-usul kejadian pokok tamar adalah darilebihan tanah yang Allah s.w.t. ciptakan Nabi Adam a.s.
Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allahs.w.t untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat diamelahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh SitiMaryam.
Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepadamanusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepasselamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yanglain. Ditakdirkan Allah s.w.t. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga,Allah s.w.t. telah tumbuhkan pokok tamar j antan di sebelah pokok tamarbetina.
Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harusdilakukan menerusi kaedah 'kahwin bunga' (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan).
Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina,tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit.Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya dmelintuk ke bawah.Pada bulan februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali samadengan tamar betina . Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debuhalus.
Pada bulan ini ketika tamar betina mengeluarkan bunga, petugas (terdiridarimereka yang berbangsa Arab) akan memanjat pokok tamar betina dandijalankan proses kahwin bunga, ditepuk-tepuk,disapu dua tiga rantingbunga jantan kepada setandan bunga betina yang terkembang daritandannya.
Ternyata untuk menghasilkan buah tamar yang elok berkualiti, ia mseti'disenyawak an' oleh tangan manusia, tidak boleh melalui binatang atauditerbangkan oleh angin. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurnajika tidak dicantum oleh tangan manusia. Buah tamar tidak akan masakjika suhu kurang dari 55oC.
Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan ogos adalahmusim menuai.
Menurut Pak Long Haji Isa, bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batangsahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina,kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untukproses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina . Debuyang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit. Bunga jantan inijuga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulangkali selagi debunganya masih ada.

"Allah s.w.t. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikansepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burungyang mematuk atau merosakkannya. Ini kerana buah tidak berbau. Allahs.w.tpelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia.Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naikkeataspokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini. Bangsa lain tak mampu,tenaga tak sekuat bangsa ni." Jelas Pak Long.
Pokok Tamar ayah saudara kita....
Mula-mula kami juga bingung kenapa keunikan ini berlaku pada buah yangistimewa ini, lalu Mak Long Normah Morad, isteri Hj Isa Darus beri kamisentuh debu jantan, "Gosok pada tangan dan cium," katanya."Masya-Allah bau air mani," kata kami tergamam. "Ya, memang bau airmani, bau ini bukan semua makhluk suka. Pokok tamar kalau mahukanbuahnya elok, ia mesti disenyawakaan oleh tangan manusia, sebab pokokini Allah s.w.t. jadikan dari lebihan tanah kejadian Nabi Adam a.s."
"Ringkasnya, dia umpama pak menakan(ayah saudara) kita. Sebab itu kitatakboleh pandang remeh padanya. Rasulullah s.a.w. dan Nabi-Nabi lain sangatsayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi denganbadan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiapkali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidakberbau kerana Allah s.w.t. nak pelihara kesuciannya di samping mudahuntukkita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering. Penjualtak risau lalat atau semut kerana bumi barakah ini."Ujar Pak Long dengansenyumlebar.

No comments: