Monday, August 20, 2007

Cerita seorang Sha

unfinish work at: 12:37pm

Lama betoi aku x update blog nih..ntah napa cam xde masa jer nak update. maybe juga sbb baru nih aku tersenarai antara pengguna tertinggi internet. jadi aku kurangkan surf internet skang. Tapi xper la..aku masih blh kongsi citer aku kan?.
03/08/2007
Lepas keja aku terus naik bas RapidKL U41 utk ke Pudu. Aku amik cuti sbb 04/08/2007 aku ada exam PTD. Sebaik shj sampai kat Serdang, aku tgk jalan raya dh sesak..so aku turun utk naik KTM Komuter. Masa nak beli tiket, skrin menunjukkan yg tren dr Seremban akan tiba lebih kurang 3 minit sahaja lagi. Aku berkira-kira dlm hati sempat ker aku naik tren tur..dan alhamdulillah aku sempat walaupun hampir terpelecok ketika turun tangga. Aku perlu menukar tren utk ke Plaza Rakyat..so perhentian aku adalah Bandar Tasik Selatan. Sesampai jer di Bandar Tasik Selatan, hujan renyai-renyai. Aku menunggu lebih kurang 10 minit di stesen BTS.
Aku sampai di Plaza Rakyat lebih kurang jam 6.35ptg. Kiranya aku sempat la beli tiket bas kul 7.30 mlm utk ke BM atau Butterworth. Tapi yg aku musykil tur..napa tetiba harga tiket bas RM33. Selalu aku beli RM24 jer..ada cuti apa sampai tiket semahal tur. Yg bestnya..bukan bas persiaran atau ekspress..tp aku dan penumpang yg nak ke Butterworth dan SP naik bas sekolah. Aku sampai kat Butterworth lebih kurang kul 2 camtur la..rasanya lg lewat. Itulah catatan perjalanan aku pada 03/08/2007.
11/08/2007 - 12/08/2007
Seperti biasa, hujung minggu pasti aku kluaq lepak kat TAR @ Shah Alam (rumah Noli). Sebenarnya aku x plan pun nak lepak kat rumah Noli, tp disbbkan seronok sgt shopping, sampai x teringat masa. Last2 aku ikut Noli blk rumah dia kat Shah Alam. Aku mmg suka shopping atau window shopping kat TAR. Rasa mcm aku shopping kat Bazaar Chowrasta jer..cuma persekitaran dia jer yg berbeza. Aku juga suka lepak kat Shah Alam (PAS ngan Tasik Shah Alam) sbb persekitaran dia yg tenang. PAS pun x ramai sgt org, itu yg wat aku rasa selesa nak jenjalan kat situ.
18/08/2007 - 19/08/2007
Sebenarnya perancangan awal aku adalah utk ke USM pd 2 hari nih..tp disbbkan aku ada hal pd 22/08/2007, maka aku x jadik balik. Penat la nak balik byk kali..satu lg, habis la duit mak ngah. Dah la budget dh over dh nih. Harap perjalanan aku esok selamat dan x byk masalah. Kita hnya merancang..Allah yg menentukan.
20/08/2007
Hari nih..x byk keja sgt. Cuma jap lagi kena call lecturer. Aku malas nak call dorg tp dah ada keja nih kena juga la. Tp lg ok call lecturer dr call student. Aku x suka call dorg nih sbb depa nih x jwb call aku..ntah la sbb apa. aku call byk kali pun x jwb2. Sapa x bengang...yg kena aku. Yuen akan kata aku x pandai buat keja atau x wat keja langsung. Sedangkan aku call bagai nak rak..sorg pun x jwb. Kalu jwb pun, dorg x wat apa yang aku suruh. Aku marah betul..jap lg aku nak p klas dorg utk edarkan borang maklumat diri pelajar. Kalu x jalan juga, bukan salah aku la noh....pttnya dorg attach sekali masa hantar surat tawaran atau pun edarkan masa mnggu pertama pendaftaran. Entahlah..aku pun x tau salah sapa!. Ok la aku rasa dh cukup la tur..kang terralit plak...Wish me all the best k!

No comments: